KAWASAN Dhoby Ghaut akan melalui peningkatan yang akan disiapkan secara progresif mulai 2025, memberikan pengunjung lebih banyak pilihan riadah dan sekitaran bebas kereta.
Kawasan Orchard Road sepanjang 500 meter antara Buyong Road dan Handy Road akan dijadikan tempat pejalan kaki, manakala Taman Istana seluas 1.3 hektar akan diperluas kira-kira tiga kali ganda saiz semasanya, dengan menggabungkan kawasan hijau sedia ada...





