LONDON: Raja Charles III secara rasmi menaiki takhta kerajaan Britain baru, selepas ibunya, Ratu Elizabeth II, meninggal dunia pada usia 96 tahun.
Beliau diisytiharkan sebagai raja secara rasmi di Istana St James di London di hadapan Majlis Pemilihan - yang merangkumi beberapa ahli Parlimen senior, pegawai tertinggi kerajaan, pesuruhjaya tinggi Komanwel dan Datuk Bandar London.





