LEBIH banyak bahagian Penyambung Taman (PCN) Ulu Pandan di kawasan tanah runtuh di tapak binaan flat Bina-Untuk-Tempahan (BTO) Clementi NorthArc di Clementi Avenue 6, akan dibuka semula oleh Lembaga Taman Negara (NParks) hujung minggu ini.
Ia termasuk kawasan dari Boon Lay Way, Ekspreswe Ayer Rajah ke jejambat Commonwealth Avenue West.





