PENYERTAAN golongan muda dalam usaha menggalak perpaduan sosial di sini kian meningkat, namun penyertaan lebih ramai daripada mereka pastinya dialu-alukan, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.
Dengan lebih ramai golongan muda berkongsi pandangan mereka, rasa terlibat dalam hasil yang dicapai dan ingin menyumbang idea mereka untuk mewujudkan huraian, ini akan mendatangkan hasil yang lebih baik, tambahnya.





