PERTUMBUHAN ekonomi Singapura diramalkan terus perlahan tahun hadapan, sedang inflasi dijangka kekal tinggi, sebahagiannya akibat peningkatan gaji yang diramalkan berterusan.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata walaupun pertumbuhan ekonomi akan disokong pengembangan dalam sektor berorientasikan domestik dan berkaitan pelancongan, kadar perbelanjaan dijangka lebih sederhana akibat inflasi yang tinggi dan persekitaran ekonomi yang tidak menentu yang akan mempengaruhi sentimen pengguna.





