HARGA ikan dan makanan laut telah meningkat 4.7 peratus dalam tempoh enam bulan dari Februari hingga Ogos lalu, disesuaikan mengikut musim, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.
Tambahnya, pelbagai faktor termasuk perubahan iklim, keadaan cuaca yang buruk serta kos tenaga dan makanan yang meningkat telah menyebabkan kekurangan bekalan dan harga yang berubah-ubah bagi pelbagai barangan makanan termasuk ikan.





