YAYASAN Rahmatan lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama Palang Merah Singapura (SRC) dan masjid seluruh Singapura telah berjaya meraih sejumlah $432,852 dalam rayuan kecemasan membantu rakyat Pakistan yang dilanda banjir besar di negara mereka. Usaha mengumpul dana itu diadakan dari 31 Ogos hingga 14 September lalu demi menyokong keperluan segera rakyat Pakistan yang terjejas termasuk menyediakan makanan, tempat perlindungan kecemasan, air,...





