SEMPENA menyambut ulang tahunnya yang ke-55, syarikat pengendali kapal kontena, Pacific International Lines (PIL), memperuntukkan $2 juta dalam bentuk sumbangan kewangan kepada masyarakat dan badan kebajikan di Singapura.
Syarikat itu telah menyumbang $1.7 juta kepada empat pertubuhan etnik bantu diri di Singapura. Ini termasuk Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) dan Yayasan Mendaki di...





