SEDANG orang lain sibuk berbelanja di kawasan Pasar Geylang Serai Sabtu lalu, beberapa pegawai Kastam Singapura pula sibuk memerhati beberapa individu yang sedang berteduh sambil merokok di bawah jejambat lalu lintas di luar pasar itu.
Dengan berpakaian preman, pegawai kastam itu, yang menjalankan operasi penguatkuasaan di Geylang dan Chinatown, tiba-tiba terhidu 'jenis bau' ataupun tampilan batang rokok yang bukan seperti...





