LEBIH 18,000 pasangan Muslim telah meraih manfaat daripada program 'Bersamamu', yang menawarkan bimbingan oleh Naib Kadi kepada pasangan sebelum dan hingga dua tahun pernikahan, sejak ia dilancarkan tiga tahun lalu.
Menyifatkannya sebagai satu program baik yang bertujuan memperkukuh perkahwinan, Presiden Halimah Yacob berkata program itu juga disokong pelbagai agensi termasuk M3, Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), masjid serta Kementerian...





