IA satu perlawanan Piala Dunia amat mengagumkan. Sepanyol menundukkan Costa Rica 7-0 pada perlawanan pembukaan mereka Rabu lalu. Ia kemenangan terbesar Sepanyol di pentas terbesar kejohanan bola sepak. Tapi di ibu kota Madrid, sambutan kemenangan itu tidak semeriah dijangka.
Penyokong Sepanyol berpusu-pusu ke restoran dan bar untuk menyaksikan perlawanan itu secara langsung di televisyen. Sebaik wisel penamat ditiup, sorakan kedengaran....





