ELAUN bagi tutor di bawah Skim Tuisyen Mendaki (MTS) akan dinaikkan sebanyak 20 peratus daripada $50 sejam kepada $60 sejam mulai 1 Januari tahun depan.
Yayasan Mendaki juga akan memberi insentif kewangan antara $300 dengan $1,200 setiap tahun mulai tarikh itu kepada tutor yang berupaya menggalak pelajar mereka menghadiri kelas MTS secara konsisten serta mencapai keputusan yang baik dalam pelajaran...





