DALAM usaha berbakti kepada masyarakat dan mempromosikan kemampanan melalui penggunaan semula dan kitar semula, NTUC FairPrice mengundang orang ramai menyokong projek 'Share-A-Textbook', dengan menderma buku teks dalam keadaan baik di semua pasar rayanya.
Tahun ini, projek tahunan FairPrice itu bermatlamat membantu sekitar 25,000 pelajar berusia antara tujuh hingga 16 tahun daripada keluarga berpendapatan rendah dan yang terjejas dari segi kewangan...





