Presiden Umno dan ketua Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya belum mengadakan rundingan dengan sebarang parti bagi menubuhkan kerajaan dan meminta supaya tempoh yang diberikan kepada parti-parti untuk menyerahkan perakuan bersumpah berhubung perkara itu dilanjutkan.
Istana Negara telah memberikan masa muktamad 2 petang pada 21 November bagi parti-parti menyerahkan perakuan bersumpan kepada Yang DiPertuan Agong.





