ANGGOTA Parlimen (AP) semalam menyarankan beberapa langkah untuk memperkukuh perlindungan terhadap bahaya dalam talian, termasuk menyediakan nasihat guaman percuma dan mengatasi teknologi baru seperti metaverse.
Menyertai perbahasan mengenai keselamatan dalam talian di Parlimen, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) menarik perhatian satu kajian baru-baru ini menunjukkan hampir 87 peratus individu tidak tahu apakah bantuan guaman yang boleh diperolehi...





