TEXAS: Caroline Garcia berjaya melangkah ke pertandingan akhir kejuaraan elit WTA Finals kelmarin selepas mengatasi Maria Sakkari 6-3, 6-2.
Garcia, yang berada di ranking kelapan dunia, kembali ke acara kemuncak tenis wanita penghujung musim buat kali pertama sejak 2017, apabila beliau tewas di separuh akhir, dan akan menentang sama ada pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, atau pemain ranking ketujuh...





