PARA penjual ikan di sini menghadapi kenaikan harga bagi sebanyak 20 hingga 30 peratus makanan laut daripada pembekal dalam tempoh dua bulan lepas.
Mereka yang dihubungi Berita Harian (BH) semalam menyatakan ia disebabkan kedatangan awal musim tengkujuh tahun ini. Ditambah kenaikan kos bahan api dan pekerja, peniaga-peniaga ini berkata ia telah menyebabkan harga ikan dan makanan laut dari Malaysia melonjak.





