RIYADH: Sambutan perayaan Halloween turut dianjurkan di Arab Saudi untuk julung-julung kalinya tahun ini, sebagai sebahagian langkah kerajaan yang mahu melaksanakan pembaharuan sosial yang bertujuan memodenkan negara di bawah pemerintah Putera Mahkota Mohammed Bin Salman.
Digelar sebagai "Hujung Minggu Menakutkan" dan berlangsung di Riyadh Boulevard, bandar Riyadh, peserta dilihat bergembira memakai kostum serta solekan atau topeng yang menakutkan dan pakaian...





