SEPANJANG 65 tahun lalu, Berita Harian (BH) giat berusaha menonjolkan pelbagai pencapaian dan kejayaan masyarakat Melayu/Islam setempat selain mengupas pelbagai isu dan cabaran penting yang dihadapi masyarakat dan mendekati pelbagai golongan masyarakat.
Sedang BH kekal memainkan peranan itu hari ini untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada masyarakat dengan melaporkan berita secara bertanggungjawab dan tepat, akhbar ini juga terus menjalani transformasi...





