Sekali cinta hilang daripada pandangan persekitaran muram kalbu pasti juga walang tak lagi menggelinjang urat nadi tergores atma siang melarat luka malam tenat duka, sekalipun seribu pelita terpasang terangnya tak bermakna kerana kasih sayang bagaikan dikebumikan.
Lentera bahasa cinta menyinar benar bahasa keramat rakyat jelata menyuluh tangan perpaduan ghairah menuai harapan serba kemajuan merangsang hati kebangkitan bangsa tertegak kesedaran mulia...





