PETALING JAYA: Tahap kewangan rakyat Malaysia berada pada paras berbahaya kerana berdepan masalah simpanan semakin berkurangan, isu aliran tunai dan trend lain yang membimbangkan, menurut satu soal selidik.
Kajian Celik Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2022 mendapati rakyat Malaysia akan mengalami "kedudukan kewangan yang sangat perit" jika mereka menghadapi kemelesetan global yang akan berlaku di tengah-tengah peningkatan inflasi.






