KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen (AP) yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu mengosongkan kerusi mereka.
Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ini kerana kesemua mereka meletakkan jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada awal Oktober lalu, iaitu sebelum PRU15...






