PENGALAMANNYA mengharungi isu kesihatan mental pada usia muda telah mendorong mahasiswi Universiti Nasional Singapura (NUS), Cik Nur Haziqah Mohd Yazib, menghulurkan bantuan dan mengongsi pengalaman bersama belia lain yang mungkin mengalami keadaan serupa sepertinya.
Anggota kelompok Kesihatan Mental Youth Corps ini telah terlibat dalam beberapa program bersama rakan kongsi masyarakat iaitu Persatuan Kesihatan Mental Singapura (SAMH), dengan melancarkan aktiviti sukan...





