SEBUAH kereta berwarna hitam Mercedes-Benz terbakar dalam satu kejadian di luar Sekolah Tinggi Maris Stella, di sepanjang Bartley Road, pada sekitar 7.30 pagi semalam, beberapa minit selepas seorang pemandu wanita dan anaknya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan segera keluar dari kenderaan tersebut.
Mujur tiada individu yang dilaporkan cedera dan kejadian itu sedang disiasat, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura...





