SETELAH berbulan-bulan terpaksa bekerja dari rumah (WFH), pengasas Agensi Perancang Kewangan Ascent Islamic, Encik Hashim Bafadhal (gambar atas), sudah merasa selesa.
Beliau gembira dapat teruskan operasi perniagaannya di dalam talian dan mendedahkan bisnesnya meningkat 25 peratus meskipun tidak dapat berjumpa dengan pelanggan secara fizikal semasa pandemik.






