PELARI maraton Soh Rui Yong, yang tidak disertakan dalam rombongan Sukan SEA tahun ini atas sebab kelakuan di bawah jangkaan seorang atlet nasional, telah memohon maaf kepada Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC).
Namun, beliau berkata beliau berbuat demikian bukan kerana mendambakan tempat dalam rombongan Sukan SEA ke Hanoi pada Mei ini, tetapi kerana beliau kini sedar tidak berkelakuan yang sewajarnya...






