SEBUAH kapal membawa rokok tidak dibayar cukai dipintas Rabu lalu di perairan berdekatan Terminal Penjuru Singapura, dalam satu operasi berbilang agensi melibatkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Polis Pengawal Pantai dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.
Dalam satu pos Facebook semalam, ICA berkata kapal pembekal bernama Sea Dragon 2 itu membawa kira-kira 600 karton dan 30 paket rokok...






