SEKITAR 40,000 rakyat Singapura yang menerima bayaran pemerintah melalui cek kini boleh mengeluarkannya dengan cepat dan mudah di ATM menerusi satu khidmat baru GovCash.
Dilancarkan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dengan kerjasama OCBC Bank dan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech), GovCash membolehkan rakyat mengeluarkan bayaran pemerintah dalam bentuk wang tunai daripada 500 ATM OCBC di Singapura.






