ANUGERAH Presiden bagi Pencapaian Berinspirasi telah disampaikan kepada juara renang Sukan Paralimpik Cik Yip Pin Xiu di Istana semalam.
Dalam ucapannya di majlis pelancaran anugerah itu, Presiden Halimah Yacob menggambarkan anugerah tersebut sebagai anugerah yang mengiktiraf dan meraikan warga Singapura yang telah memaparkan keberanian dan kegigihan untuk mengatasi kesukaran peribadi, cemerlang dalam bidang masing-masing dan sumbangan mereka telah memberi impak...






