SPH Media Group, yang menerbitkan Berita Harian dan akhbar-akhbar lain seperti The Straits Times, Tamil Murasu dan Lianhe Zaobao, akan dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif Baru (CEO) mulai bulan depan.
Cik Teo Lay Lim, yang sehingga 31 Ogos lalu menyandang jawatan pengerusi Accenture Singapore, akan mengambil alih jawatan CEO daripada Encik Patrick Daniel, mulai 1 Mac 2022.





