ORANG ramai boleh dapatkan diskaun lima peratus untuk 100 makanan harian seperti beras, minyak masak dan sayur-sayuran setiap Jumaat di semua pasar raya dan pasar raya besar FairPrice, mulai semalam.
Ini adalah sebahagian daripada program 'Stretch Your Dollar' dari Yayasan FairPrice yang bertujuan membantu pembeli dengan peningkatan kos sara hidup di tengah-tengah pandemik Covid-19 disebabkan oleh inflasi seperti kos logistik...





