PENYERANG Albirex Niigata, Tadanari Lee, telah menunjukkan beliau bukan hanya seorang pemain terkenal, tetapi seorang pemain bola sepak yang berjiwa besar, ketika memulakan kempen sumbangan Goals for SportCares Sabtu lalu.
Kempen itu akan menyaksikan beliau menderma semua pembayaran bonus golnya musim ini, bernilai $200 setiap gol, kepada SportCares.






