PENDUDUK Singapura berusia 60 hingga 79 tahun boleh mengambil suntikan vaksin Covid-19 penggalak kedua jika mereka mahu, meskipun Jawatankuasa Pakar Mengenai Covid-19 belum mengusulkan demikian.
Ia harus diberi sekitar lima bulan selepas suntikan penggalak pertama, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di sidang media pasukan bertindak berbilang kementarian tentang Covid-19 semalam.





