DARIPADA menangguhkan rancangan memperluas keluarga sehingga celaru memikirkan peraturan persekolahan anak - itulah antara isu yang dihadapi beberapa keluarga muda dek penangguhan buat kali kedua flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang telah ditempah.
Baru-baru ini, pembeli di tiga projek BTO - Tampines GreenCourt, Clementi NorthArc dan Woodleigh Hillside - telah diberitahu Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bahawa tarikh siap flat...





