JAGAAN pencegahan, dengan tumpuan mempertingkat kesihatan berbanding merawat penyakit, akan menjadi tumpuan utama Singapura untuk sedekad akan datang, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, kelmarin.
Dengan doktor keluarga menjadi tumpuan dalam usaha ini, Singapura akan memerlukan dasar awam bagi menyokong doktor keluarga dengan lebih baik bagi membantu penduduk kekal sihat, katanya.





