SEKITAR 30,000 kanak-kanak, belia dan warga emas daripada keluarga berpendapatan rendah serta golongan kurang upaya dan penjaga mereka akan diberi akses kepada data bagi peranti bijak mereka.
Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Data Bagi Semua yang dilancarkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, di Festival Digital Sepanjang Hayat (DfL) di Pusat Konvensyen Suntec semalam.





