LONDON: Satu perjanjian gaji sama rata antara pasukan bola sepak lelaki dan wanita nasional Amerika Syarikat baru-baru ini dilihat sebagai permulaan baru yang boleh mempengaruhi gaji pemain bola sepak wanita di serata dunia.
Persatuan bola sepak Amerika, US Soccer, telah mengumumkan kededua pasukan itu akan mencampurkan hadiah wang di Piala Dunia, selain bahagian masing-masing dari pendapatan tajaan dan hak penyiaran...





