SEMENTARA masyarakat Melayu Singapura telah mencapai banyak kemajuan selama ini, kemajuan ini tidak mencukupi dan tidak lengkap sekiranya mereka kehilangan warisan, budaya dan identiti mereka.
Bercakap di sesi pertama edisi kedua Siri Cendekiawan Lestari anjuran Yayasan Warisan Melayu (MHF) dengan topik Kesan Realiti Sejarah Pada Masa Depan Warisan Melayu di Singapura baru-baru ini, Duta Singapura ke Kuwait (Bukan Pemastautin), Encik...





