MUFTI Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkan awal Zulhijah bermula esok dengan Hari Raya Aidiladha bakal diraikan umat Islam di Singapura pada 10 Julai ini.
Dalam satu kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam, beliau menyatakan bahawa mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah, yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims),...






