SIFAT ketabahan, kebolehsesuaian dan semangat perpaduan rakyat Singapura merupakan antara nilai yang akan diraikan dalam segmen persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.
Berjudul The Story of Us, ia akan mempamerkan perjalanan kolektif rakyat Singapura sepanjang dua tahun lalu berjuang dan beransur keluar daripada wabak Covid-19 bersama.






