PETALING JAYA: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjelaskan semalam bahawa beliau tidak meminta Malaysia menuntut semula tanah yang telah hilang, termasuk negara Singapura.
Beliau berkata kenyataannya pada Ahad lalu adalah untuk meletakkan perspektif berkaitan kehilangan Pedra Branca, juga dikenali sebagai Pulau Batu Puteh di Malaysia, menurut laporan The Straits Times.





