KEADAAN atmosfera Singapura yang sering berawan tebal, kedudukan geografi serta saiz negara ini yang kecil membuatkan pencerapan anak bulan sukar dilakukan bagi menentukan tarikh khusus Islam.
Justeru Singapura bergantung hampir 100 peratus pada kaedah yang dipersetujui oleh negara-negara Mabims (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura) bagi menentukan sama ada anak bulan boleh kelihatan atau tidak dan perkiraan mengikut ilmu falak.





