LONDON: Badan yang mentadbirkan perlumbaan Formula Satu (F1) berkata ia sedang mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan gegaran keterlaluan dalam kereta yang telah menjejas pemandu sejak musim ini bermula.
Gegaran itu telah disifatkan oleh pemandu Mercedes, Lewis Hamilton sebagai "pengalaman paling sakit" yang pernah dilaluinya semasa berlumba dengan beberapa pemandu lain juga telah menyuarakan pendapat yang serupa.





