BERLIN: Sebuah kereta merempuh orang ramai di bahagian barat Berlin semalam, membunuh seorang individu dan menyebabkan lima mengalami kecederaan mengancam nyawa, kata jurucakap bomba daerah ibu kota Jerman itu, yang popular dengan pelancong dan pembeli-belah.
Lebih 12 orang cedera, kata jurucakap polis di tempat kejadian, yang terletak bersebelahan Gereja Memorial Kaiser Wilhelm yang musnah akibat peperangan - salah satu mercu...





