PENGENDALI daging halal di sini mengalu-alukan langkah melarang penggunaan produk daging dari rumah penyembelihan Australia Thomas Foods International Lobethal (TFIL), sambil menyifatkan larangan segera itu memastikan piawaian tinggi daging halal dipatuhi.
Larangan itu tidak akan menjejas bekalan daging halal di Singapura kerana terdapat banyak lagi sumber alternatif, termasuk dari pusat penyembelihan lain di Australia, ujar beberapa pengendali daging halal tempatan,...





