LEBIH banyak rumah dijadual akan dibina di Toa Payoh, dengan sebuah pembangunan perumahan yang tinggi dijangka mengambil alih tapak sebuah sekolah yang telah dikosongkan di bahagian barat bandar tersebut.
Dalam satu saranan pindaan yang diterbitkan pada 20 Januari kepada pelan induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), agensi itu telah memperuntukkan semula sebuah tapak sekitar 200 meter dari stesen MRT Caldecott...






