PARLIMEN akan membahaskan dua usul berasingan untuk memastikan perumahan awam kekal dimampui dan boleh diperoleh warga Singapura semasa sidang akan datang Isnin depan.
Semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, mengemukakan usul untuk meminta Parlimen mengesahkan pentingnya memastikan perumahan awam kekal dimampui dan boleh diperoleh sementara melindungi kepentingan generasi Singapura sekarang dan pada masa akan datang, serta menyokong komitmen pemerintah...






