LONDON: Kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional mungkin telah berakhir, tetapi Gareth Bale, bekas kapten Wales dan pemain Real Madrid mungkin sedang mengorak langkah memulakan kerjaya dalam sukan baru.
Minggu lalu, Bale, 33 tahun berkata beliau akan beraksi dalam acara Tour PGA, beberapa minggu selepas beliau mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional.






