PASPORT Singapura kekal sebagai yang kedua paling berkuasa di dunia, di samping Korea Selatan, dalam membenarkan kemasukan bebas visa ke 192 destinasi.
Pasport Jepun terus berada di tempat pertama kerana membolehkan kemasukan tanpa visa ke 193 destinasi, menurut satu semakan indeks sedunia terkini yang dihasilkan oleh firma penasihat kerakyatan dan penduduk, Henley and Partners.





