SINGAPURA terus giat menyemak dan mempertingkat langkah antimerokoknya, termasuk mengkaji idea dan amalan antarabangsa tentang bagaimana untuk mengurangkan lagi tabiat merokok dalam kalangan penduduk.
Malah, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata beliau tidak mengetepikan kemungkinan Singapura mengenakan larangan merokok mengikut kumpulan usia, atau kohort, seperti yang dilaksana di New Zealand.





